BERITA BAIK!!!! KURSUS GAYA RAMBUT DAN ASAS SOLEKAN PERCUMA UNTUK PARA REMAJA DAN PESERTA YANG BERMINAT DARIPADA 4 NEGERI:-
PERAK, KEDAH, PENANG, PERLIS
NU'DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA
NU'DELLA AKADEMI PUSAT BERTAULIAH SKM (L01061)
PROGRAM LATIHAN PERANTIS USAHAWAN MUDA
NU'DELLA AKADEMI MENAWARKAN TEMPAT KEPADA YANG MASIH MENGANGGUR MENGIKUTI KURSUS LATIHAN USAHAWAN. KAMI MENAWARKAN

1.SIJIL HOLISTIK SPA
2.LATIHAN PRAKTIKAL YANG INTENSIF
3.BANTUAN DAN LATIHAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Kami juga menawarkan persijilan SKM tahap 1 dan 2 untuk Kursus Gaya Rambut

1.Sijil Kemahiram Malaysia Tahap 1 bagi Pendandan Rambut Muda.
2.Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 bagi Pendandan Rambut

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KURSUS SKM SILA HUBUNGI :-

TEL : 03-89255002
H/P : 0133511139 (PN. ANA )
   





Hit :
Lihat Statistik


  DARI MEJA PENGASAS DAN PENGARAH URUSAN

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera …
Bismillah Hirrahma Nirrahim

Kita seharusnya amat bersyukur kehadrat Ilahi walaupun negara sedang mengalami cabaran ekonomi yang hebat, namun kita masih mampu untuk terus melangkah dan bertahan serta tidak melepaskan peluang untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta sentiasa peka dengan peluang-peluang yang ada. Semua ini adalah berkat daripada semangat perpaduan antara kita dan daya saing hebat yang positif.

Keusahawanan dapat berjalan dengan baik bila mana kita dapat memupuk semangat bersepadu dan berdikari dikalangan kaum tidak mengira apa jua bangsa, pangkat, darjat atau dimana jua mereka berada. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah memberi idea-idea dan maklumat terkini melalui program-program kemahiran dan motivasi agar selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara masa kini.

Dengan wujudnya kesedaran terhadap kepentingan dan peranannya dalam membentuk dan memupuk semangat perpaduan serta menaiktaraf kehidupan agar wanita tidak ketinggalan, badan kerajaan telah banyak memainkan peranan dengan memberi sokongan dan sumbangan berupa pinjaman kewangan, bengkel-bengkel ilmu, motivasi dan sebagainya. Amatlah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan ini yang jarang terdapat di negara-negara yang mengamalkan demokrasi pada masa ini.

Para usahawan khususnya dari kalangan golongan muda perlu bersikap proaktif, berani. Berdaya maju dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk terus bersaing dan memainkan peranan dalam pembangunan negara khususnya dalam mencapai matlamat wawasan 2020.

Malaysia telah berubah dari ekonomi yang berasaskan sumber pertanian kepada ekonomi yang berorientasikan pembuatan dan perkhidmatan. Matlamat pada masa hadapan ialah mewujudkan ekonomi yang mempunyai lebih banyak industri berteknologi tinggil. Pada masa ini perkembangan perindustrian di Malaysia disokong sepenuhnya oleh syarikat-syarikat multinasional dan pelabur-pelabur asing yang datang ke negara ini kerana tertarik dengan kos buruh yang rendah dan insentif dari kerajaan yang membolehkan produk dipasarkan dengan mudah dipasaran dunia.

Segala program yang disusun rapi secara berterusan akan dapat membantu menyumbang ke arah pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera menjelang 2020. Terdapat juga ramai dikalangan usahawan kita sedang mencari alternatif serta peluang untuk menerokai bidang-bidang baru yang kurang terjejas oleh kegawatan ekonomi yang melanda negara serta menimba idea-idea baru untuk dipraktikkan di dalam perniagaan.

Dalam proses membuat pilihan, pakej-pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Nu’della adalah merupakan alternatif menarik kepada bakal-bakal usahawan serta perlu diberi perhatian dimana Nu’della merupakan sebuah rangkaian perniagaan yang stabil dan diuruskan oleh kumpulan kakitangan yang profasional dengan gabungan pengalaman selama 20 tahun di dalam industri spa dan kecantikan.

Fenomena kebangkitan semangat keusahawanan merupakan satu perkembangan yang amat positif dan menggalakkan. Melalui program yang telah disusun saya yakin usahawan akan menjadi lebih cekap serta mahir dalam mengendalikan perniagaan mereka dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang lebih besar ke arah peningkatan ekonomi negara disamping menjadi pemimpin dalam pembentukan generasi bersepadu yang berilmu dan berakhlak. Saya berharap para usahawan yang sedia ada akan menjadi jentera penggerak dan tunggak ekonomi negara dimasa hadapan yang mampu menghadapi persaingan yang sedia ada atau tidak terduga bukan sahaja dipasaran tempatan tetapi juga diperingkat global hendaknya.

Jalan telah dibuka – ‘Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Tak Perlu Seribu Dalih, Satu Dalih Sudah Memadai’ kerana ‘Kejayaan Dan Alasan Tidak Boleh Seiring Jalan’

Akhir kata saya berdoa semoga para usahawan kita tidak mudah putus asa dan terus meneroka, bersedia menerima kritikan dan memperbaiki kesilapan. Harapan saya semoga usaha murni yang dijalankan ini dapat mencapai matlamatnya serta mendapat keredhaan Allah S.W.T hendaknya. Dengan ini saya akhiri dengan Wabillahitaufik Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh


Norulnaha Abdul Razak
Pengasas dan Pengarah Urusan