BERITA BAIK!!!! KURSUS GAYA RAMBUT DAN ASAS SOLEKAN PERCUMA UNTUK PARA REMAJA DAN PESERTA YANG BERMINAT DARIPADA 4 NEGERI:-
PERAK, KEDAH, PENANG, PERLIS
NU'DELLA MALAYSIAN HOLISTIK SPA
NU'DELLA AKADEMI PUSAT BERTAULIAH SKM (L01061)
PROGRAM LATIHAN PERANTIS USAHAWAN MUDA
NU'DELLA AKADEMI MENAWARKAN TEMPAT KEPADA YANG MASIH MENGANGGUR MENGIKUTI KURSUS LATIHAN USAHAWAN. KAMI MENAWARKAN

1.SIJIL HOLISTIK SPA
2.LATIHAN PRAKTIKAL YANG INTENSIF
3.BANTUAN DAN LATIHAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Kami juga menawarkan persijilan SKM tahap 1 dan 2 untuk Kursus Gaya Rambut

1.Sijil Kemahiram Malaysia Tahap 1 bagi Pendandan Rambut Muda.
2.Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 bagi Pendandan Rambut

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KURSUS SKM SILA HUBUNGI :-

TEL : 03-89255002
H/P : 0133511139 (PN. ANA )
   





Hit :
Lihat Statistik


MALAYSIAN HOLISTIK SPA

Melakukan perawatan di pusat perawatan spa semakin mendapat sambutan hangat hinggakan banyak pusat rawatan spa sudah mula dibuka. Konsep spa yang disediakan lebih menenangkan dan dapat memberi kesegaran kepada pengunjung yang sememangnyaa gemarkan suasana harmoni.

Pastinya kebanyakkan spa yang disediakan di negara kita adalah berkonsepkan Bali dan Thailand. Konsep ini lebih digemari kerana latar belakangnya lebih kepada tradisional disamping suasana yang lebih damai dan tenang. Keghairahan membuka salun spa turut memberi ilham kepada pengasas Butik Kecantikan Ainaa-Ailaa iaitu Pn. Norulnaha untuk turut membuka salunnya sendiri yang berkonsepkan spa. Beliau mula berminat dalam bidang spa setelah melihat perkembangan spa di negara ini yang semakin mendapat perhatian. Pn. Ana ingin membuka spa yang dapat memberi rawatan sepenuhnya bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki dalam satu masa. Di sini beliau membuat sedikit kelainan daripada pusat spa yang sedia ada di negara kita dengan mewujudkan spa pertama yang berkinsepkan kemelayuan iaitu Malaysian Holistik Spa. Spa yang diilhamkan oleh beliau ini memang berlainan terutama dari segi hiasan dalaman serta rawatan yang disediakan. Walaupun terdapat sedikit persamaan dekorasi dan suasana dalaman, namun konsep kemelayuan yang diterapkan adalah berlainan terutama dari segi ukiran kayu tema dan hiasan dalamannya.

Pn. Ana ingin menerapkan konsep kemelayuan dan keislaman pada spanya kerana ia bersesuaian dengan budaya orang melayu dan beragama islam. Bagi beliau kebanyakan spa yang terdapat kini lebih berkonsepkan Bali dan Thailand di mana penggunaan patung dalam hiasan dalaman sering digunakan. Ini jelas sekali bertentangan dengan agama kita yang melarang penggunaan patung sebagai hiasan. Beliau sememangnya ingin memartabatkan budaya melayu dan islam agar pengunjungnya lebih membudayakan budaya sendiri daripada budaya asing.

Walaupun spa yang diidamkan belum dibuka sepenuhnya, namun beliau sudah menerapkan konsep tersebut di salun kecantikan serta menjadikan Malaysian Holistik Spa sebagai tanda niaga salunnya sendiri. Rawatan yang disediakan bukan hanya tertumpu kepada rawatan moden bahkan lebih memfokuskan kepada rawatan tradisional melayu yang telah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak berkurun lamanya. Jika tidak masakan amalan tradisional ini masih diteruskan terutama oleh golongan wanita. Beliau berpendapat rawatan tradisional melayu juga tidak kurang hebatnya dari rawatan tradisional Bali dan Thailand. Malah ada sesetengah rawatan tradisional melayu yang tidak diamalkan oleh mereka seperti bertungku dan bertangas yang diamalkan selepas bersalin dan didalam pantang malah oleh mereka yang selalu lemah badan dan lenguh-lenguh sendi.

Sebelum membuka Malaysian Holistik Spa ini, beliau sendiri membuat kajian di beberapa spa di Bali dan Thailand untuk membuat perbandingan malah beliau turut mencuba rawatan disana. Menurut Pn. Ana, cara urutan melayu lebih lembut dan tertib. Cara urutan juga tidak keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti seseorang terutama yang melebihkan aurat semasa melakukan rawatan. Satu keistimewaan yang terdapat di holistik spa ini ialah rawatannya akan dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran. Kita tentu sedia maklum bahawa ayat Al-Quran mempunyai keistimewaan sendiri dan boleh mengubati penyakit seseorang. Bagi Pn. Ana, menggunakan ayat Al-Quran dalam rawatannya adalah dengan niat untuk berubat. Beliau sentiasa mengamalkan bacaan ayat Kursi dan beberapa ayat lain sebelum memulakan rawatan kepada pelanggan. Seperti di pusat spa yang lain, disini juga turyt menyediakan rawatan lengkap yang meliputi rambut, muka, badan dari luar hingga dalam dan rawatan kaki. Malaysian Holistik Spa ini sebenarnya lebih menekankan penggunaan air di dalam perawatannya. Penggunaan air dalam perawatan telah terbukti keberkesanannya yang dapat mengembalikan kelembapan serta tenaga kepada pengunjung.

Di samping itu penggunaan air dapat menyegarkan, menenangkan fikiran dan membangu memulihkan tenaga seseorang. Oleh itu bahan-bahan yang digunakan untuk perawatan adalah diambil sepenuhnya dari alam semulajadi yang telah diproses siap untuk memudahkan rawatan dilakukan. Bahan-bahan asli ini digunakan agar lebih berkesan semasa rawatan dilakukan. Untuk perawatan di Malaysian Holistik Spa, mereka akan menggunakan produk Nu’Della sepenuhnya sebagai bahan perawatan kerana kandungannya yang lebih kepada alam semulajadi amat bersesuaian untuk rawatan spa. Produk ini merupakan keluaran Butik kecantikan Ainan-Ailaa sendiri dan merupakan produk kosmetik yang sudah lama berada dipasaran. Produk Nu’Della merupakan hasil kajian oleh seorang pakar dermatologi China yang telah melakukan kajian di United Kingdom. Setelah terbukti keberkesanannya produk ini telah didaftarkan dibawah Biro Pengawalan Farmaseutikal dan dijamin keselamatannya kepada pengguna. Walaupun produk ini dihasilkan secara klinikal namun ia tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit pengguna.

Terdapat kira-kira 16 jenis produk klinikal Nu’Della seperti pencuci muka’ krim, penyegar dan produk lain yang meliputi seluruh badan. Selain dari produk klinikal, Nu’Della turut mengeluarkan produk herba yang merupakan amalan turun temurun Pn. Ana sendiri. Antara produk herba yang dikeluarkan ialah seperti lulur, jamu, krim dan banyak lagi malah ia turut digunakan semasa perawatan spa. Kini Malaysian Holistik Spa menyediakan rawatan terbaru untuk body scrub, bust cream dan slimming cream kepada pengunjung mereka. Pn. Ana lebih selesa menggunakan hanya sejenis produk sahaja dalam perawatannya kerana keberkesanannya yang lebih cepat serra dapat mengelakkan percampuran produk yang lebih member kesan sampingan kepada pengunjung. Malaysian Holistik Spa tidak hanya tertumpu untuk menyediakan khidmat rawatan spa sahaja. Malah di sini, terdapat ramai usahawan yang sudah dilahirkan dimana mereka mempunyai pusat spa mereka sendiri. Usaawan-usahawan ini terdiri daripada siswazah menganggur, suri rumah, ibu tunggal dan wanita yang ingin membina kerjaya sendiri. Akedemi Nu’Della member pengetahuan kepada mereka yang berminat dalam bidang kecantikan dan spa. Akademi ini membuat bentuan sepenuhnya daripada MARA yang ingin melahirkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera yang Berjaya. Hanya dalam jangkamasa sebulan, mereka akan diajar sepenuhnya bermula dari menjaga kecantikan hinggalah untuk perawatan kecantikan. Mereka tidak hanya diajar untuk melakukan urutan, bertungku, bertangas dan rawatan tradisional yang lain malah bagaimana menguruskan sebuah syarikat bermula dari menyediakan perkhidmatan hinggalah bagaimana untuk mempromosikan syarikat tersebut.

Sememangnya kewujudan Malaysian Holistik Spa tidak tertumpu kepada rawatan kecantikan semata-mata malah turut membuka peluang kerjaya kepada anak-anak muda yang memang mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Kita patut berbangga kerana masih ada anak melayu yang ingin memartabatkan budaya melayu sendiri tanpa meninggalkan nilai-nilai keislaman sedangkan semakin ramai yang mula lupa akan adat budaya dan agama sendiri. Kita patut memberi sokongan penuh atas kesungguhan Pn. Ana yang memang inginkan lebih ramai anak-anak muda menguasai ekonomi negara. Di harap lebih banyak lagi spa yang berkonsepkan melayu tradisional akan dibuka di seluruh negara hingga keperingkat global sekalipun. Mengapa tidak kita berbangga dengan jenama sendiri sepertimana Bali dan Thailand berbangga dengan spa mereka sendiri.